My Add

Monday 18 June 2012

Kes PKFZ: Liong Sik mohon hakim tarik diri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Beliau yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata, kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.

Menerusi notis usul, Liong Sik memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.

Beliau mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment