My Add

Thursday 21 June 2012

KLIA2: Belum ada berita daripada AirAsia - Cho Ha

SEREMBAN, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kerajaan belum menerima sebarang maklum balas daripada AirAsia Bhd. (AirAsia) mengenai perpindahan ke KLIA2 apabila terminal baru syarikat penerbangan tambang murah itu siap sepenuhnya pada tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sehingga kini kementerian belum menerima `apa-apa berita' daripada AirAsia mengenai perkara itu.

"Semua perkara yang didengar sehingga kini hanyalah khabar angin sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan Depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment