My Add

Friday 8 June 2012

Konvoi KBS2 elak masuki Syria

*ROMBONGAN Kembara Bumi Suci 2012 meneruskan perjalanan ke Mekah tanpa memasuki Syria, semalam.

KUALA LUMPUR 07 Jun - Peserta konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) mengambil keputusan tidak memasuki Syria sebelum ke Mekah ekoran konflik dalaman yang sedang melanda negara itu.

Ketua Ekspedisi KBS2, Azman Baharuddin berkata, ekspedisi berkenaan akan diteruskan tanpa melibatkan Syria sebagai laluan.

"Wisma Putra menasihatkan supaya konvoi tidak memasuki Syria kerana konflik yang kian memuncak.

"Kami dimaklumkan oleh kerajaan negara itu bahawa tiada jaminan keselamatan diberikan jika laluan asal digunakan. Justeru, kami akur demi menjaga keselamatan semua anggota konvoi," katanya menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syria sepatutnya menjadi negara terakhir sebelum konvoi KBS2 memasuki Arab Saudi menuju ke Mekah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment