My Add

Monday 18 June 2012

KP1M bawa balik bekas pegawai TUDM

Abdul Azeez
 NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
SHAH ALAM, ISNIN, 18 Jun, 2012: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menerusi misi kemanusiaannya akan membawa pulang bekas Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Tentera Udara Malaysia (TUDM), Brid Jen (B) Datuk Ahmad Sujak Abok
yang separa sedar akibat serangan angin ahmar di Jakarta, Indonesia, Selasa lalu.

Ahmad Sujak, 66, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Puri, 40 kilometer dari Bogor.

Beliau tiba di negara itu, 8 Jun lalu atas urusan peribadi dan kemudiannya diserang angin ahmar.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keluarga Ahmad Sujak memaklumkan kejadian kepadanya dan meminta bantuan membawa Ahmad Sujak pulang.

“Kos rawatan di sana bernilai RM6,800 sehari. Keluarganya tidak mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut.

“Jadi kita sedang berusaha membawanya pulang untuk meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, KP1M menghantar dua wakilnya ke negara berkenaan iaitu, Ketua Pasukan Perubatan, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman dan Pengarah Operasi, Nasir Khan, semalam.

“Mereka akan melihat dan memantau keadaan Ahmad Sujak. Sekiranya keadaannya mengizinkan kita dijangka membawa pulangnya hari ini,” katanya.

Abdul Azeez berkata, misi membawa pulang Ahmad Sujak juga mendapat kerjasama dengan Lembaga Persahabatan Indonesia-Malaysia (Prima).

No comments:

Post a Comment