My Add

Thursday 7 June 2012

KTMB selenggara trek Simpang Batu-Kepong

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: KTM Berhad (KTMB) akan menjalankan kerja penyelenggaraan trek antara Simpang Batu dan Kepong (KM383.460-KM383.590) di sepanjang laluan Stesen Putra dan Stesen Segambut pada Sabtu dan Ahad ini. 

Dalam satu kenyataan hari ini, KTMB menyatakan kerja itu akan dijalankan dari 12.01 pagi hingga 10 pagi hari Sabtu dan tempoh sama pada Ahad.
"Kami akan meminimumkan kelewatan sewaktu kerja penyelenggaraan dijalankan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment