My Add

Thursday 21 June 2012

Kualiti udara di Lembah Klang bertambah baik

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Status kualiti udara di Lembah Klang bertambah baik dengan tiada kawasan direkod memiliki bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini berkata kualiti udara yang direkod dalam tempoh 24 jam lepas menunjukkan 11 kawasan berada di tahap baik, 40 kawasan di tahap sederhana manakala hanya sebuah stesen di Seberang Jaya, Pulau Pinang berada pada tahap tidak sihat (IPU 103).

Menurut kenyataan tersebut, kemerosotan kualiti udara dengan trend peningkatan IPU pula direkodkan di kawasan pantai barat di utara Semenanjung pada 11 pagi hari ini, yang berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Kenyataan itu menyebut perintah larangan pembakaran terbuka di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikeluarkan Sabtu lepas masih berkuatkuasa.

Orang ramai terus diminta agar tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai juga diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment