My Add

Sunday 17 June 2012

Kualiti udara makin merosot

*PESAWAT mendarat dan berlepas dalam keadaan diselubungi jerebu tebal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.
Oleh AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, 2012: Empat lagi kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan IPU melebihi 100 menjadikan jumlah keseluruhan kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat setakat pukul 11 pagi ini sebanyak lapan kawasan di seluruh negara.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, empat kawasan baru berkenaan ialah Banting dan Petaling Jaya di Selangor; Batu Muda, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan masing-masing merekodkan bacaan IPU pada 120, 131, 128 dan 101.

Katanya, sehingga pukul 11 pagi ini, kemerosotan kualiti udara semakin ketara di Lembah Klang dengan semua stesen di kawasan tersebut mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 manakala Stesen Nilai, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan IPU menghampiri tahap tidak sihat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment