My Add

Saturday 16 June 2012

KUB mahu kembalikan kegemilangan A&W

KUALA LUMPUR, SABTU, 16 Jun, jUN, 2012: KUB Malaysia Bhd. (KUB) bakal mengambil langkah drastik bagi menaikkan semula rangkaian restoran makanan segera A&W Malaysia agar dapat mengembalikan semula kegemilangannya.

Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Wan Mohd. Nor Wan Ahmad berkata, strategi yang lebih proaktif akan diambil dan perubahan besar-besaran akan dilakukan bagi menjayakan revolusi A&W Malaysia ini.

Katanya, KUB sedang mengkaji kesemua kira-kira 40 cawangan A&W di seluruh negara dan tindakan segera akan diambil ke atas cawangan restoran yang tidak menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan.

“Mana-mana cawangan yang kurang mendatangkan keuntungan akan kita tutup dan memindahkan ke lokasi yang lebih strategi supaya dapat menjana keuntungan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Great Bear Ambassador sempena ulang tahun ke-50 A&W Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment