My Add

Sunday 17 June 2012

Kubur guru digali semula

*ANGGOTA Polis mengangkat jenazah seorang guru di Tanah Perkuburan Islam Lada Wakaf Bharu yang digali semula selepas mendapat perintah Mahkamah Majistret Tumpat , semalam.

Oleh AZRAN FITRI RAHIM 
dan YATIMIN ABDULLAH 

TUMPAT, SABTU, 16 Jun, 2012: Kubur seorang guru yang meninggal dunia kelmarin terpaksa digali semula pada petang ini selepas bapanya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya itu mati disebabkan dipukul oleh suaminya sendiri.

Allahyarham berusia 40-an dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu dan sebelum ini dikatakan meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah Mahkamah Majistret Tumpat untuk menggali semula kubur guru wanita itu.

"Semalam kita telah menerima laporan oleh bapa si mati mengatakan arwah meninggal dunia di sebabkan dipukul oleh suaminya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment