My Add

Monday 18 June 2012

Kutu rayau ditahan

*PASUKAN penguat kuasa DBKL memujuk seorang gelandangan supaya mengosongkan pondok awam dalam operasi bersepadu di Segambut, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
KUALA LUMPUR, AHAD, 17 Jun, 2012: Tiga warga asing, masing-masing dari India, Bangladesh dan Myanmar antara 42 gelandangan yang ditahan dalam operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Dalam operasi selama tiga jam bermula 12 tengah malam itu, kesemua gelandangan tersebut yang menjadikan taman permainan dan kawasan bawah jejambat sebagai tempat tidur ditahan di enam lokasi berasingan iaitu Masjid Negara, Dataran Merdeka, Dataran Maybank, Pasar Seni, Bulatan Sultan Muhamad dan Taman Sri Segambut di Segambut.

Operasi tersebut turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Alam Flora Sdn. Bhd. yang melibatkan 72 orang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment