My Add

Monday 18 June 2012

Labuan bakal jadi pusat reinsurans

*SEKTOR insurans di Labuan terlindung daripada kesan buruk krisis hutang negara Eropah.

LABUAN, AHAD, 17 Jun, 2012: Usaha sedang dalam perancangan untuk meletakkan Labuan sebagai pusat untuk reinsurans, didorong oleh prospek masa depan dan prestasi sektor insurans di sini pada 2011.

Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LabuanFSA), Ahmad Hizzad Baharuddin berkata, sektor insurans di Labuan berdaya tahan kepada kesan yang muncul daripada bencana di rantau Asia Pasifik dan sehingga tahap tertentu, terlindung daripada kesan buruk krisis hutang negara Eropah.

"Melihat kepada angka, kedudukan Labuan IBFC sebagai domisil insurans terus berkembang dengan peningkatan 7.1 peratus dalam lesen baru, dengan itu membawa kepada jumlah insurans yang diluluskan dan syarikat berkaitan insurans kepada 181 daripada 169 pada ," kata beliau.

Ahmad Hizzad Baharuddin berkata demikian pada persidangan Persatuan Insurans Antarabangsa Labuan (LIIA) mengenai "Meletakkan Labuan sebagai Pusat untuk Reinsurans" di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat lima syarikat takaful semula sepenuhnya dan 12 jendela takaful semula yang menjalankan perniagaan di Labuan IBFC, yang terdiri daripada pengendali dari Asia Pasifik, Timur Tengah dan Eropah dan jumlah premium bertulis kasar meningkat kepada AS$1.6 bilion (RM4.8 bilion), mewakili peningkatan sebanyak kira-kira 33.3 peratus daripada yang direkodkan pada 2010.

"Kami juga menyaksikan peningkatan dua kali ganda dalam saiz premium bertulis untuk polisi berkaitan pelaburan, yang didorong oleh kehadiran dan permintaan yang kukuh dari individu bernilai tinggi di rantau ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment