My Add

Thursday 7 June 2012

Labuan IBFC umum Saiful Bahari CEO baru

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Anak syarikat milik penuh Lembaga Perkhidatan Kewangan Labuan (LFSA), Labuan IBFC Inc, melantik Saiful Bahari Baharom sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baru. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Labuan IBFC berkata, Saiful Bahari mempunyai ijazah ekonomi dan kewangan dan sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Tugas Khas kepada Menteri Kewangan Kedua selama tiga tahun.

"Beliau sebelum ini juga berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Strategi dan Pembangunan di LFSA," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment