My Add

Thursday 21 June 2012

Liga Arab gesa Russia henti bekal senjata kepada Syria

MOSCOW, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Russia perlu berhenti menghantar peralatan ketenteraan kepada Syria, kata Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Bin Hilli, dalam satu temubual bersama agensi berita Interfax. 

“Sebarang bantuan untuk keganasan perlu dihentikan kerana apabila anda membekalkan peralatan ketenteraan, anda membantu membunuh orang ramai. Ini perlu dihentikan," katanya.

Beliau juga menggesa mandat wakil PBB-Liga Arab, Kofi Annan, dikaji semula kerana mekanisme baru perlu untuk menguatkuasakan rancangan damai.
“Untuk memastikan pelan ini berjaya, kita perlu mencari mekanisme baru dan mandat wakil khas perlu dikaji semula supaya dapat dipastikan semua pihak mematuhinya," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment