My Add

Wednesday 20 June 2012

Lima kerjasama global

Hamden Ramli
BOSTON, SELASA, 19 Jun, 2012: Malaysia mengukuhkan kedudukan dalam industri bioteknologi dengan mengadakan sekurang-sekurangnya lima lagi kerjasama global bernilai ratusan juta ringgit dengan syarikat asing melibatkan bidang penjagaan kesihatan, perindustrian dan pertanian.

Kerjasama dan perkongsian strategik yang dijangka mampu membantu hasrat kerajaan menjadikan bioteknologi sebagai sumber pendapatan negara itu akan diadakan sepanjang Konvensyen Antarabangsa Bio 2012 (Bio Boston) yang bermula di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp), Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal berkata, selain syarikat berkaitan bioteknologi tempatan, kerjasama tahun ini amat bermakna kerana ia memperlihatkan penyertaan beberapa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa koridor pembangunan wilayah masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment