My Add

Thursday 21 June 2012

Lima lagi set MyKomuter akan beroperasi

SEREMBAN, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Sebanyak lima lagi set Tren Enam Gerabak (SCS) atau dikenali sebagai MyKomuter akan memulakan perkhidmatan minggu depan menjadikan bilangan tren jenis itu yang beroperasi kepada 22 buah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebanyak 16 lagi set SCS akan memulakan perkhidmatan secara berperingkat dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, perolehan 38 set SCS dari China itu dibuat mengikut inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Nasional-Pengangkutan Awam Bandar (NKRA-UPT) yang bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam.

"Dengan penambahan set SCS ini, kerajaan berharap masa menunggu perkhidmatan komuter akan dapat dikurangkan kepada 20 minit berbanding 30 minit pada masa ini," katanya selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan Depot EMU KTMB Seremban di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment