My Add

Thursday 21 June 2012

Lynas: Hujah sains lebih relevan

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) diminta tampil menyerahkan kajian saintifik masing-masing.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hujah berorientasikan sains adalah lebih relevan berbanding kenyataan longgar berpaksikan persepsi yang diwujudkan golongan berkenaan berhubung projek itu.

"Sains lawannya sains, saya beri laporan hasil kajian sains. Kalau ada pihak tak setuju, berikan saya hasil kajian sains yang menunjukkan sebaliknya.

"Kalau tidak, ia hanyalah persepsi. Apa-apa keputusan berdasarkan persepsi akan berubah-ubah mengikut politik masing-masing," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Memperkasa Keusahawanan Belia (EYE) anjuran Kolej Universiti Binary, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment