My Add

Tuesday 19 June 2012

Mahkamah tolak permohonan kerajaan Selangor

SHAH ALAM, ISNIN, 18 Jun, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan kerajaan negeri Selangor dan dua lagi untuk mengetepikan saman oleh tiga Orang Asli dari suku Temuan berhubung pencerobohan tanah yang didakwa berlaku di tanah adat di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham membuat keputusan itu di kamar beliau hari ini.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili plaintif semasa ditemui memaklumkan permohonan itu ditolak setelah mahkamah berpuas hati terdapat alasan yang mencukupi untuk saman itu didengar.

Kata beliau, mahkamah juga berpendapat tidak wajar untuk menolak saman yang difailkan oleh Orang Asli itu tanpa mendengar keterangan saksi-saksi.

Dalam kes ini, Tok Batin, Malam anak Gerchang, 68, dan dua anaknya, Dewi anak Malam, 52, dan Jafrin anak Malam, 41, memfailkan saman mewakili 4,000 Orang Asli di Tanjung 12, Kuala Langat dekat sini pada 4 Julai tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment