My Add

Thursday 21 June 2012

Mahkamah tolak saman terhadap PM berkaitan sekolah Tamil

KUALA LUMPUR, EABU, 20 Jun, 3012: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman yang dikemukakan dua peguam terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berkaitan permohonan mereka untuk mendapatkan perisytiharan bahawa kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini perlu diberi bantuan penuh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham dalam keputusan beliau memutuskan bahawa M.Manoharan dan P.Uthayakumar tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Hakim Singham berkata beliau bersetuju dengan hujah peguam kanan persekutuan Effandi Nazila Abdullah, yang mewakili defendan, bahawa kedua-dua plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman itu.

Kata beliau Manoharan dalam hujahnya hari ini berkata haknya tidak terjejas berkaitan isu sekolah Tamil dan menegaskan bahawa dia tidak mengalami kerugian khas, tetapi bertindak demi kepentingan seluruh masyarakat Tamil.

Hakim itu memerintahkan Manoharan dan Uthayakumar masing-masing membayar RM1,000 sebagai kos kepada defendan.

Hakim Singham membuat keputusan itu selepas meluluskan permohonan defendan untuk mengetepikan saman berkenaan.

Pada 5 April, defendan memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan atas alasan writ saman itu adalah sesuatu yang remeh, menyakitkan hati dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 9 Feb, Manoharan dan Uthayakumar memfailkan saman itu dengan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Mereka, menuntut, antara lain, satu perisytiharan bahawa kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini perlu diberi bantuan penuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment