My Add

Friday 15 June 2012

Majlis Peguam ceroboh hak asasi

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Kerajaan akan tetap meneruskan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang tanpa perlu merujuk kepada Majlis Peguam terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada sebarang keperluan untuk merujuk Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain.

Malah, beliau dengan tegas menyifatkan sebarang cubaan daripada Majlis Peguam untuk menghalang penubuhan akademi itu sebagai menceroboh hak asasi untuk berpersatuan.

"Apa perlu ada konsultasi dengan Majlis Peguam berkaitan hak asasi orang lain. Kalau Majlis Peguam menghalang orang lain berpersatuan, bermakna mereka adalah penceroboh hak asasi.

"Saya juga nak tanya apa hak Majlis Peguam hendak menghalang ahli akademik dan bekas hakim yang tidak boleh jadi ahli Majlis Peguam berpersatuan?" katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab gesaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta kerajaan mengadakan konsultasi dengan Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum menubuhkan Akademi Undang-Undang.

Terdahulu, menjawab soalan asal Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Mohamed Nazri berkata, Akademi Undang-Undang tidak menyentuh perjalanan Majlis Peguam yang keanggotaannya terhad kepada peguam bela dan peguam cara.

Katanya, cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang juga bukan satu tindak balas terhadap Majlis Peguam ekoran tindakannya yang sering tidak sehaluan dengan kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, penubuhan itu telah dipersetujui lebih 10 tahun lalu oleh Majlis Peguam sendiri tetapi terpaksa tertangguh disebabkan faktor kesesuaian masa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment