My Add

Thursday 7 June 2012

Malaysia sasar 10 terbaik jalankan perniagaan

PETALING JAYA, RABU, 6 Jun, 2012: Malaysia menyasar untuk disenaraikan dalam 10 terbaik dalam "Laporan Menjalankan Perniagaan" Bank Dunia dalam beberapa tahun dari sekarang, kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), kata Tan Sri Yong Poh Kon

Beliau berkata, Malaysia kini di tangga ke-18 selepas menduduki tempat ke-23 pada 2011.

Laporan tahunan itu diterbitkan setiap Oktober untuk menunjukkan kedudukan bagi tahun berikutnya.

Poh Kon berkata, Malaysia telah membuktikan dan akan terus menunjukkan kepada Bank Dunia dan ekonomi lain, bahawa negara serius dalam mengubah agenda menjalankan perniagaannya.

"Ini seterusnya akan mencerminkan kedudukan yang lebih baik dalam tinjauan dan laporan.

"Dalam laporan 2012 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada tahun lepas, Malaysia pada tempat keempat dalam melindungi pelabur dan nombor satu dalam menyediakan kredit.

"Kita juga telah mencatatkan peningkatan yang besar dalam kedudukan seperti untuk memulakan perniagaan, daripada tempat yang ke-111 sebelum ini kepada 50 sekarang," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai 'Bengkel Metodologi Bank Dunia dalam Urusan Permit Pembinaan'.

Menurut Bank Dunia, Malaysia berada di kedudukan ke-31 dalam segmen untuk menguatkuasakan kontrak, lonjakan dari kedudukan ke-60 sebelum ini, manakala melompat 10 tempat untuk tempat ke-47 dalam menyelesaikan insolvensi.

Poh Kon berkata, untuk mencapai kedudukan 10 teratas, semua orang di sektor awam dan swasta perlu bekerja bersama-sama.

"Walaupun kita tidak didorong oleh laporan kedudukan Bank Dunia sahaja, ia memberikan kita peluang untuk melihat berapa banyak kita telah maju dan yang lebih penting, keberkesanan inisiatif kita.

"Daripada laporan itu, kita dapat mengukur usaha Malaysia dalam perbandingan dengan negara-negara lain dan apa yang perlu akan dilakukan untuk meningkatkan lagi," katanya.

Sementara itu, Poh Kon berkata, satu-satunya bidang yang Malaysia gagal untuk menunjukkan peningkatan dari segi kedudukan, mengikut 'Laporan Menjalankan Perniagaan 2012' ialah petunjuk permit pembinaan.

Malaysia jatuh ke tempat ke-113 daripada kedudukan ke-111 sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment