My Add

Friday 8 June 2012

Manifesto parti politik di TV harus patuhi syarat - Rais

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh parti politik berhubung penjelasan manifesto pilihan raya menerusi stesen-stesen televisyen tempatan akan hanya dikeluarkan selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat dan peraturan itu wajib diikuti supaya parti politik memahami amalan-amalan berasaskan nilai-nilai murni dengan lebih mendalam agar ia bersesuaian untuk disiarkan dalam dunia penyiaran televisyen dan radio.

"Semua parti politik yang ingin mengemukakan manifesto parti adalah terikat dengan beberapa prinsip peraturan atau disebut sebagai ikatan sosial yang ada dalam pegangan pihak berkuasa seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan stesen-stesen televisyen lain.

"Huraian terperinci akan diumumkan apabila masanya tiba iaitu selepas mendapat isyarat daripada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta sejurus Dewan Rakyat dibubarkan," katanya selepas melancarkan buku Penyerlahan Amalan Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment