My Add

Thursday 21 June 2012

Masalah sampah jadi igauan

*SAMPAH menimbun tinggi di rumah sampah PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang, Petaling Jaya kerana tidak dikutip mengikut jadual. - UTUSAN/ANAS AMIRUL

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
PETALING JAYA, RABU, 20 Jun, 2012: Masalah longkang tersumbat bukan hanya mengundang bau busuk kepada penduduk, malah dikhuatiri akan mengakibatkan penyakit bawaan menyerang mereka.

Namun masalah inilah yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang.

Ternyata, kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan perniagaan di Pusat Perdagangan Dana 1 di sini bukan tiket buat persekitaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang berada dalam keadaan sentiasa bersih.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan PPR tersebut yang sepatutnya diurus oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelihatan terabai.

No comments:

Post a Comment