My Add

Friday 8 June 2012

'MB jangan lepas tangan'

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Barisan Nasional (BN) Selangor menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lepas tangan berhubung isu padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya, dekat sini.

Koordinatornya, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah Abdul Khalid yang menyerahkan isu kompleks sukan itu kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor untuk diputuskan hanya helah melarikan diri daripada tanggungjawab selain mahu menutup isu tersebut agar tidak berpanjangan.

“Seperti biasa, Menteri Besar cuba lepas tangan daripada bertanggungjawab berhubung sesuatu isu terutama melibatkan kelemahan pentadbiran beliau.

“Hakikatnya, isu kompleks sukan ini boleh diselesaikan melalui undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment