My Add

Saturday 16 June 2012

MB Kedah diminta jelas jumlah peruntukan Kuin

KUALA NERANG, SABTU, 16 Jun, 2012: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.

"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu berkata, beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.

"Itu yang membimbangkan. Kalau nak belanja betul-betul tidak apa, buat satu demi satu. Tapi semua orang tahu Fakulti Perubatan dan Kujuteraan tak boleh jalan, duit terpaksa dibelanjakan tapi Azizan tak nak mengaku juga.

"Baliklah ke pangkal jalan sebab Kuin asasnya adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam,” katanya.— BERNAMA



No comments:

Post a Comment