My Add

Monday 18 June 2012

Melayu mesti bangkit daripada sifat pemalas

*SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V (tengah) bertitah sesuatu kepada Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti (kanan) pada program Diskusi Intelektual Islam 'Cabaran Masa Depan Islam Secara Global' di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU, AHAD, 17 Jun, 2012: 17 Jun - Orang Melayu mesti bangkit daripada tanggapan bahawa mereka kaum pemalas dengan berusaha keras mencapai kecemerlangan dan bersama mengembalikan zaman kegemilangan umat Islam.

Felo Pusat Pengajian Islam, Universiti Oxford, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti berkata, sebutan Melayu dalam bahasa Inggeris yang mirip kepada ejaan malaise yang membawa maksud malas seharusnya menjadi peringatan buat kaum ini untuk tidak hanya berpeluk tubuh.

Beliau berkata, orang Melayu perlu sedar cendekiawan Barat telah menggunakan enam prinsip Islam yang diwasiatkan ulama tersohor, Imam Al-Juwaini untuk membawa masyarakat mereka keluar dari zaman kegelapan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment