My Add

Tuesday 19 June 2012

Menghargai sumbangan pekebun kecil kepada negara

*SHAFIE Apdal menyepak bola sebagai tanda merasmikan Pertandingan Futsal Generasi Muda RISDA sempena Program Kasihi Pekebun Peringkat Negeri Sarawak di Kota Samarahan, semalam.

KOTA SAMARAHAN, ISNIN, 18 Jun, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (RISDA) akan memastikan tiada kelompok pekebun kecil di negara ini tercicir daripada menikmati arus pemodenan negara.

Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, sebagai warga Malaysia, setiap seorang pekebun kecil berhak menikmati segala faedah daripada agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

"Tahun ini amat mencabar apabila kerajaan meletakkan kepercayaan yang tinggi dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM397 bagi membiayai program pembangunan RISDA. Ini merupakan satu penghargaan kepada RISDA yang sentiasa berusaha membangunkan masyarakat pekebun kecil di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment