My Add

Friday 8 June 2012

Mi kering pelangsing badan

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PULAU PINANG, 07 Jun, 2012: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kering untuk mengurangkan berat badan yang dipercayai produk pertama seumpamanya di dunia.

Ketua Penyelidiknya, Prof. Azhar Mat Easa dari Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, berkata, produk yang dinamakan mi berlapis itu diperkaya dengan zat kapsaicin yang berfungsi membakar lemak dan mengurangkan berat badan.

"Mi berlapis ini diadun bersama kapsaicin yang merupakan zat pedas aktif yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam perut tanpa rasa pedas.

"Sebelum ini, pengamal diet di negara maju seperti Amerika Syarikat mengamalkan serbuk cili dalam bentuk kapsul yang mahal dan tidak praktikal diamalkan di Asia, namun ciptaan ini lebih mesra pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment