My Add

Thursday 21 June 2012

MITI bantu lebih banyak produk PKS masuki pasaran luar

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membantu lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan produk masing-masing ke luar negara kerana banyak produk PKS mempunyai kualiti yang baik untuk dieksport.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kini bukanlah sesuatu yang pelik untuk melihat produk PKS dieksport memandangkan sudah banyak produk PKS mempunyai permintaan di luar negara.

Katanya, produk PKS bukan hanya dieksport di rantau Asean tetapi sudah sampai ke China dan negara-negara di Asia Barat.

"Kita memang galakkan (untuk produk PKS dieksport). Di bawah kita ada Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) yang akan membantu mereka ke pasaran luar," katanya selepas menutup Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (HUMKS) peringkat negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini petang semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment