My Add

Sunday 17 June 2012

Muhyiddin lancar I-MFF sempena Hari Bapa

TAIPING: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Gerakan 1Malaysia Utamakan Keluarga (1-MFF) sempena sambutan Hari Bapa hari ini. 

Majlis pelancaran itu diadakan di gerai pameran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang dibuka sempena Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perak di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting, di sini.

Gerakan 1-MFF dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN bertujuan meletakkan perspektif keluarga dalam segala usaha perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi negara.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan 266,000 baucer saringan kesihatan kepada seorang wakil bapa untuk diagihkan kepada golongan bapa tunggal. 

Terdahulu, semasa berucap melancarkan program Jelajah Janji Ditepati itu, Muhyiddin turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di negara ini. 

"Hari ini 17 Jun adalah Hari Bapa. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa. Pengorbanan dan kasih sayang bapa besar nilainya," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment