My Add

Sunday 17 June 2012

RM3j bagi bina semula Pasar Minggu Changkat Jering

*MUHYIDDIN menghidangkan buah durian kepada orang ramai ketika Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting,Taiping di sini hari ini. - UTUSAN//ROY AZIS ABD. AZIZ

TAIPING, AHAD, 17 Jun, 2012: Timbalan Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu Changkat Jering di tapak yang baru di sini ketika melakukan tinjauan mesra di pasar itu hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Husin memohon bagi peruntukan membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.

Pada tinjauan mesra itu, Muhyiddin, yang tiba pada 9.40 pagi, ditemani Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan pemimpin tempatan bersarapan bersama-sama rakyat setempat dengan menikmati pelbagai juadah antaranya nasi lemak, sate, kuih tempatan dan teh tarik.

Pasar Minggu Changkat Jering terletak di antara Kuala Kangsar dan Taiping, hanya 1 kilometer dari plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara-Selatan.

Lebih 100 peniaga yang terdiri daripada anggota koperasi menjana pendapatan daripada perniagaan antaranya pelbagai jenis makanan tempatan, kraftangan dan hasil tanaman kampung di pasar minggu yang terkenal itu. — BERNAMA



No comments:

Post a Comment