My Add

Monday 18 June 2012

Muhyiddin terima kunjungan delegasi Yayasan Al-Quds dan QII

*AHLI Lembaga Pengarah Ketua Komuniti Perhubungan Antarabangsa Palestine/Lebonan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni (kiri), membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kanan), pagi ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Antarabangsa Al-Quds (QII), Lubnan dan Yayasan Al-Quds Afrika Selatan di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini. 

Pertemuan selama setengah jam itu turut dihadiri Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa.
Delegasi seramai lapan orang itu yang dalam rangka lawatan ke Malaysia selama lima hari bermula hari ini, diketuai Ketua Jawatankuasa Hubungan Luar QII Palestin/Lubnan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni yang juga Ahli Lembaga Pengarah QII.
Kunjungan hormat itu adalah sempena majlis pelancaran Yayasan Al-Quds Malaysia yang akan disempurnakan Muhyiddin di Putrajaya petang ini. 

Yayasan Al-Quds Malaysia adalah satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah memberi pendidikan terhadap masyarakat mengenai isu di negara bergolak itu selain mencari jalan untuk membantu rakyat Palestin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment