My Add

Thursday 14 June 2012

Mustafa Ali mengaku tiada bukti semasa tuduh UMNO

SHAH ALAM, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengaku maklumat yang diperoleh daripada kakitangan JAIS berhubung penglibatan UMNO dalam serbuan terhadap Gereja Damansara Utama tidak disokong oleh sebarang bukti dalam bentuk dokumen, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mustafa menyatakan demikian semasa perbicaraan kes saman Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mewakili UMNO Selangor terhadap beliau bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment