My Add

Tuesday 5 June 2012

MyTeksi lancar perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS


*PEMANDU teksi, A Ganisan, 32, menunjukkan aplikasi MyTeksi yang ditawarkan menerusi telefon pintar bagi mendapatkan perkhidmatan teksi yang pertama di Malaysia susulan kerjasama Maxis pada majlis pelancaran aplikasi MyTeksi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Aizuddin Saad 

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Jun, 2012: MyTeksi Sdn. Bhd. hari ini melancarkan perkhidmatan penghantaran teksi dengan GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) yang membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah.

Pengurus Besarnya, Chew Wei Chuan berkata, syarikat itu akan pertamanya menumpu kepada menyediakan penyelesaian terbaik bagi memadankan penumpang dengan pemandu teksi di Lembah Klang.

Tahun depan ia merancang menembusi pasaran Asia Tenggara, katanya selepas pelancaran aplikasi MyTeksi di sini.

"Aplikasi MyTeksi itu yang dibangunkan dan diuji sejak September tahun lepas menerima lebih 500 tempahan sehari ketika ini," katanya.

Kira-kira RM500,000 dilabur untuk membangunkan teknologi itu dan aplikasi tersebut merupakan yang pertama di negara ini yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar bagi tempahan dan penghantaran teksi.

Perkhidmatan itu dikuasakan oleh teknologi Machine-to-Machine Maxis, serta memanfaatkan perkhidmatan rangkaian 3G dan 2G meluasnya di Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment