My Add

Friday 15 June 2012

Naik umur persaraan beri kesan positif kepada ekonomi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Cadangan untuk menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 dijangka mempunyai impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. 

Lim berkata, rancangan itu juga sejajar dengan peningkatan kualiti hidup berikutan sistem penjagaan kesihatan negara telah menyebabkan jangkaan hayat yang lebih panjang.

"Oleh itu, mereka boleh menyumbang positif kepada negara kerana kepakaran mereka boleh membantu meningkatkan produktiviti," katanya kepada sidang media selepas pelancaran Anugerah Golden Bull Award 2012 di sini hari ini.

Lim berkata demikian tentang Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012, yang dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam. 

Rang undang-undang itu menyatakan seseorang majikan tidak boleh menyarakan seseorang pekerja sebelum pekerja itu mencecah umur persaraan minimum. 

Anugerah Golden Bull yang menyambut ulang tahun ke 10, memberi penghargaan kepada 100 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 20 PKS baru muncul. 

Tahun ini, sebuah anugerah baru diperkenalkan, iaitu Super Golden Bull, untuk prestasi jualan yang cemerlang.

Anugerah ini diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Sebelum ini, dalam ucapannya, Lim berkata sejumlah RM21.5 bilion diluluskan untuk membantu lebih 51,000 PKS setakat akhir Mac tahun ini. 

"Jumlah itu disalurkan menerusi beberapa dana - Dana Projek Usahawan Bumiputera; Dana untuk Makanan; Dana untuk Industri Kecil dan Sederhana; Dana Usahawan Baharu 2; dan Skim Penyelesaian Hutang Kecil," katanya. 

Ketika ketidaktentuan ekonomi global, beliau berkata kerajaan sedar mengenai cabaran yang diterima oleh PKS, terutamanya tentang kemungkinan penguncupan dalam pasaran eksport dan oleh itu komited untuk memberi bantuan kepada mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment