My Add

Friday 15 June 2012

NGO cabar beri kuota haji kepada orang lain

KOTA BHARU, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Pemimpin dan ahli Pas yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini dicabar supaya segera membatalkan pemergian dan memberikan kuota tersebut kepada orang lain, bagi menyahut seruan parti itu yang mahu mereka berbuat demikian semata-mata untuk menghadapi pilihan raya.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim(gambar) berkata, pemimpin dan ahli Pas terlibat perlu segera memaklumkan kepada Lembaga Tabung Haji bagi pembatalan tersebut untuk membolehkan ia diisi oleh bakal haji lain yang lebih memerlukan.

"Kita cabar mereka supaya segera berbuat demikian dan memberikan kuota tersebut kepada rakyat yang lebih memerlukan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Kelantan,Zubir Che Ahmad pula berkata, pandangan pemimpin Pas terbabit tidak tepat kerana umat Islam wajib menunaikan ibadah haji sekiranya telah memenuhi semua syarat ditetapkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment