My Add

Wednesday 6 June 2012

Nik Aziz nafi berselisih faham dengan Hadi

KOTA BHARU, SELASA, 05 Jun, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan berlaku perselisihan faham atau perasaan dendam antara beliau dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah dengan UMNO.

Malah, beliau menyifatkan dakwaan tersebut sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk melaga-lagakan kepimpinan tertinggi Pas.

“Itu cerita UMNO, kerja dia melaga-lagakan orang, saya tak ada masalah dengan Abdul Hadi.

“Saya menyokong cadangan Presiden untuk muzakarah, apabila dia tarik balik maka saya tarik balik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan Tahun 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Turut hadir Timbalan Menteri Buruh Thailand, Vitsan Khantarp dan Paijitira Argsornnarong serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment