My Add

Friday 15 June 2012

Nilai hasil pembangunan kerajaan, bukan janji pembangkang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 14 Jun, 2012:: Rakyat hendaklah menilai dengan saksama hasil pembangunan yang dilaksana dan dirancang kerajaan Barisan Nasional(BN) berbanding tawaran dan janji yang diberikan parti pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat tidak harus "membuang air di tempayan hanya kerana mendengar bunyi guruh di langit".

Katanya, pihak pembangkang hanya pandai membuat tawaran dan janji-janji tidak realistik kepada rakyat, tanpa mengambil kira kedudukan masa depan negara semata-mata mahu mengambil alih kepimpinan negara.

"Mereka hanya suka membuat janji-janji yang tidak munasabah, yang tidak berdasarkan kebijaksanaan dalam mengurus negara kerana sengaja hendak berkuasa. 

"Dasar kita harus realistik bukan hanya bertujuan meraih undi," katanya pada pertemuan bersama badan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Bandar Tun Razak di sini. 

Muhyiddin berkata, berbanding pembangkang, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang menpunyai visi realistik untuk membantu mewujudkan masa depan rakyat dan negara yang lebih baik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment