My Add

Tuesday 5 June 2012

Nisbah kepadatan tinggi jadikan rumahlebih mampu dimiliki

PETALING JAYA, SELASA, 05 Jun, 2012: Harga rumah akan lebih mampu dibeli jika pembinaan lebih banyak unit kediaman dibenarkan di kawasan tanah yang kecil dan dilengkapi pengangkutan awam yang cekap, demikian menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA).

Ahli Majlisnya N.K, Tong berkata, membenarkan tanah-tanah sedia ada mencapai nisbah kepadatan yang tinggi akan menjadikan rumah lebih mampu dimiliki.

Faktor lain yang akan mempengaruhi harga termasuk mudah tunai, kata beliau sambil menambah harga rumah juga boleh turun jika sistem penyampaian diperbaiki, yang bermakna perlu mendapatkan kelulusan yang lebih awal agar lebih banyak penawaran untuk kediaman dan akses untuk pengangkutan.

Tong berkata, pada masa ini permintaan untuk rumah adalah tinggi tetapi penawaran agak perlahan dan ini menyebabkan harga melambung.

"Dalam pada itu, jika kita boleh mewujudkan projek seperti di tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) melibatkan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - usaha-usaha demikian boleh membuka pelan baru untuk dibangunkan.

Dari segi kenaikan kos bahan pula, beliau berkata, ia merupakan sesuatu di luar kawalan tetapi satu perkara di bawah kawalan kerajaan ialah tanah - sama ada ia tersedia untuk perumahan kos rendah dan sederhana.

"Saya tak pasti apakah rancangan yang telah dirancang untuk tanah RRI itu, tetapi, jika mereka mensasarkan bahagian tertentu untuk kediaman mampu milik, itu adalah peluang untuk sektor perumahan kerana tanah merupakan kos komponen paling tinggi," kata Tong dalam sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan Persidangan Antarabangsa Bandar Raya Lestari Bertaraf Dunia 2012 (WCSC 2012) yang keempat yang akan diadakan pada 25 Sept. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment