My Add

Saturday 16 June 2012

Nizar tidak ikhlas mohon maaf

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa kenyataannya di Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 yang dibeli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputar belit oleh media massa, jelas menunjukkan beliau tidak ikhlas untuk memohon maaf.

Bendahari Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Zaini Atan berkata, perkara itu mudah serta jelas dan sekali gus Mohammad Nizar tidak perlu berdolak-dalik dengan menuding jari kepada pihak lain atas keterlanjuran yang dilakukannya.

"Jika betul kesal dan mahu memohon menghadap Tuanku, mengapa masih perlu berdolak-dalik dan menuding kesalahan kepada pihak lain. Dah buat silap, minta maaf dengan ikhlas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment