My Add

Monday 18 June 2012

Nurijah berisiko lumpuh jika peluru dikeluarkan

 *NURIJAH Rosli menerima kunjungan Wan Salawati Abdullah di rumahnya di Seremban, semalam.

SEREMBAN, AHAD, 17 Jun, 2012: Mangsa kes samun di Plaza Tol Seremban, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan berdepan risiko lumpuh sekiranya peluru di dalam badannya dikeluarkan.

Nurijah yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, pembedahan mengeluarkan peluru itu tidak dapat dilakukan kerana terlalu dekat dengan saraf di bahagian belakang badannya.

"Pihak hospital memaklumkan kepada saya, peluru itu terlalu dalam dan dekat dengan saraf yang boleh membawa kepada risiko lumpuh jika dikeluarkan selain turut memberi kesan kepada kandungan," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Salawati Abdullah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment