My Add

Thursday 7 June 2012

NUTP minta semak pangkat guru kanan

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji

Oleh Haspaizi Mohd Zain
KUALA LUMPUR, RABU, 06 Jun, 2012: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.

Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.

“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.

“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.

“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini,

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.

Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.

Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.

“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment