My Add

Thursday 7 June 2012

Parti cakap kosong, tAk layak perintah negara - Penganalisis

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Jun, 2012: Pemimpin parti yang hanya pandai berkata-kata tetapi gagal mengotakan janji tidak layak mentadbir negara.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kejayaan sesebuah parti perlu diukur berdasarkan hasil yang telah dikecapi bukan retorik atau semangat ketika ceramah sahaja.

"Kita tidak mahu mereka menjadi ahli politik murahan yang hanya hebat berpidato tetapi soal menyumbang bakti kepada rakyat, mereka ibarat seperti tin kosong.

"Kalau hendak pemimpin pandai bercakap dan menjadi pemikir, baik pilih sahaja pembangkang kerana semua mereka pandai bercakap namun gagal melaksanakannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang meminta rakyat menilai kepimpinan negara berdasarkan keupayaan mengotakan janji dan bukan melihat semangat ketika berceramah semata- mata. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment