My Add

Thursday 7 June 2012

Pas Kelantan tunai janji ikut keutamaan

KOTA BHARU, RABU, 6 Jun, 201: Kerajaan Pas Kelantan akan menunaikan janji-janji yang dibuatnya selama 22 tahun memerintah berasaskan keutamaan dan keperluan rakyat terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr. Mohd. Fadhli Hassan berkata, sekarang, keperluan bagi membina lebuh raya untuk kegunaan rakyat di negeri ini lebih mendesak daripada perkara-perkara lain.

Beliau turut mengakui ada di antara janji itu tidak boleh ditunaikan sekiranya Pas hanya memerintah Kelantan kerana kuasa yang amat terhad dan rakyat perlu memahaminya.

“Sekarang mana yang lebih mendesak membina jambatan Palekbang-Kampung Cina atau lebuh raya? Jambatan mungkin sebahagian sahaja boleh guna, kalau kita bina lebuh raya berapa ramai rakyat boleh guna," kAtanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment