My Add

Wednesday 20 June 2012

Pas, PKR bantah bina SAR

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI 
IPOH, SELASA, 19 Jun, 2012: Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment