My Add

Wednesday 20 June 2012

Pasangan suami isteri mati dibunuh

Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2912: Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam di dalam rumahnya di Jalan Pasar 8, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa lelaki berusia 70-an ditemui di bahagian dapur manakala isterinya berusia 50-an pula di dalam bilik.

Kedua-dua mangsa ditemui oleh jiran mereka yang bergegas ke rumah itu setelah mendengar jeritan meminta tolong.

Siasatan awal polis percaya mangsa lelaki dipukul dengan batang besi manakala isterinya dihentak dengan objek keras yang dipercayai televisyen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment