My Add

Tuesday 19 June 2012

PCM minta KDN kaji kuasa polis bantuan MPSP

*HUAN Cheng Guan (depan, kanan) berjalan keluar selepas membuat laporan polis di Balai Polis Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 18 Jun, 2012: Parti Cinta Malaysia (PCM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji kuasa yang diberikan kepada polis bantuan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berikutan tindakan mereka menurunkan bendera parti itu.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan mendakwa, tindakan polis bantuan MPSP tersebut adalah di luar bidang kuasa undang-undang diperuntukkan kepada mereka.

"Tindakan polis bantuan MPSP itu telah mencemarkan nama baik polis kerana menurunkan bendera bukan kerja mereka, tetapi kerana arahan pihak atasan.

"MPSP juga terpaksa membayar elaun kepada anggota berkenaan kerana bekerja pada hari cuti," katanya di pejabat PCM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment