My Add

Sunday 17 June 2012

Pelatih PLKN yang dikuarantin dibenarkan sambung latihan

ALOR SETAR, AHAD, 17 Jun, 201: Dua daripada empat pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) kem Dusun Resort, Kuala Nerang yang dirawat di Hospital Kuala Nerang sejak Rabu lalu kerana jangkitan virus influenza A (H1N1) dibenarkan keluar hospital hari ini. 

Sebelum ini seramai 18 orang pelatih dimasukkan ke hospital sejak Rabu dan sehingga semalam 14 orang telahpun keluar manakala daripada 78 orang yang dikuarantin dalam blok khas kem, kini hanya tinggal 44 orang sahaja selepas 34 orang dibebaskan berperingkat-peringkat hingga semalam.

Komander kem, Abdul Lataf Daud berkata, pelatih yang dikuarantin masih diawasi dan diberi rawatan dalam kem terbabit.

"Semua pelatih yang bebas kurantin dibenarkan menjalani latihan bersama pelatih lain mulai hari ini," katanya kepada Bernama semasa dihubungi. 

Beliau berkata pihaknya terus memantau perkembangan pelatih bagi memastikan penyakit tersebut tidak berulang dan mereka tidak dijangkiti semula virus terbabit. 

"Pelatih yang didapati mengalami suhu badan meningkat (panas) akan dikuarantin serta-merta supaya rawatan diberikan segera," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment