My Add

Thursday 14 June 2012

Pembangkang dilarang guna logo bersama dalam PRU-13

PULAU PINANG, KHAMIS, 14 Jun, 2012: Parti-parti pembangkang dinasihatkan supaya tidak mencetak logo masing-masing secara bersama pada poster kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP masih belum menerima kelulusan rasmi daripada Pertubuhan Pendaftar (ROS).

“Mereka ada maklumkan kepada kita bahawa pendaftaran sudah dibuat namun berdasarkan pemeriksaan dengan ROS, SPR dimaklumkan permohonan itu masih belum diluluskan.

“Sekiranya berlaku (mencetak poster secara bersama) SPR akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan saya akui ia bakal memberi masalah kepada petugas SPR kelak," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment