My Add

Monday 18 June 2012

Pemuda Pas mahu fatwa isu pilihan raya - haji

Nik Abduh
SHAH ALAM, ISNIN, 18 Jun, 2012:  Dewan Pemuda Pas mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya dalam musim haji.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar badan itu mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan Kerajaan Malaysia.

"Selari dengan fungsi yang ditetapkan oleh pihak Jakim terhadap bahagian Pengurusan Fatwa, Majlis Fatwa menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa dan juga menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum-hakam," kata beliau dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian, hari ini.

Katanya, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli-ahli dan para penyokong Pas yang akan menunaikan haji pada tahun ini menundakan haji mereka untuk mengutamakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mendapat hentaman hebat bertubi-tubi daripada pihak media arus perdana yang dikelolai Umno dan BN.

"Seandainya Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengadakan pilihan raya semasa musim haji, maka seramai lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia yang sedang menunaikan haji telah terlepas dan terhalang haknya untuk memilih dan mengundi.

"Apa yang membimbangkan Dewan Pemuda Pas dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia amnya, sehingga hari ini Perdana Menteri masih bermain tarik tali untuk membubarkan Parlimen dan sekali gus mengumumkan tarikh PRU13," katanya lagi.

Justeru, katanya, pihak "ingin bertegas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum Majlis Fatwa berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya dalam musim haji."

Nik Abduh berkata, isu mengadakan pilihan raya semasa musim haji adalah isu yang amat besar dan serius kerana ia melibatkan kehormatan sebagai umat Islam terhadap musim ibadah tersebut dan juga hak rakyat Malaysia seramai lebih kurang 20,000 orang yang terjejas dan kehilangan hak memilih.

(Oleh itu), Majlis Fatwa mesti bertindak cepat sebelum terlambat," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment