My Add

Wednesday 20 June 2012

Pencawang SESB Tawau terus jadi sasaran pencuri

TAWAU, RABU, 20 Jun, 2012: Pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Tawau terus menjadi sasaran pencuri kabel tembaga di sini dengan tiga kes kejadian dicatatkan pada bulan ini saja. 

Kegiatan mencuri kabel dari pencawang SESB berkenaan bukan saja merugikan SESB tetapi mengganggu keselesaan ramai pihak terutama pengguna kerana setiap kali pencerobohan, gangguan bekalan elektrik turut berlaku di kawasan berkenaan.

Pengarah Urusan SESB, Ir Abd Razak Sallim, berkata kes terbaru berlaku pada Isnin lalu, kira-kira jam 6.51 petang di pencawang agensi itu di Takada mengakibatkan bekalan elektrik di Taman Dingin, Taman Berkeley, premis kedai Takada dan kawasan sekitar terputus lebih dua jam.

"Kerja-kerja pembaikan kerosakan dibuat serta-merta dan bekalan elektrik dapat disalurkan semula ke kawasan terjejas pada jam 9.07 malam pada hari yang sama," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, insiden berkenaan dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut bagi mencegah kejadian sama daripada berulang. 

Abdul Razak juga memohon kerjasama orang ramai supaya segera melaporkan kepada polis atau SESB jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan di pencawang elektrik SESB supaya gangguan bekalan elektrik akibat kes pencerobohan dan kecurian dapat dielakkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment